Dari segi instalasi agak menarik pada versi terkini dan bertambah pantas berbanding versi sebelumnya.Masalah yang pertama aku temui buat masa sekarang ialah dari segi sambungan wifi,Ralink RT2860 di mana sambungan secara automatik semasa boot-up tidak menjadi masalah yang besar tetapi sekiranya membatalkan sambungan dan Network manager gagal membuat penyambungan semula.Seperti biasa pencarian di forum dan blog adalah langkah yang terbaik.
Setelah dikenalpasti dan langkah yang terbaik ialah menerusi halaman blog ini,http://www.twentyways.com/2010/11/19/fixing-wireless-issues-with-asus-eeepc-1000he-running-ubuntu-10-10/
Langkahnya agak mudah dimana kita perlu "blacklist" beberapa modul iaitu dengan menambah di dalam fail blacklist.conf
sudo gedit /etc/modprobe.d/blacklist.conf
tambah senarai modul ini pada akhir skrip tersebut
blacklist rt2800pci
blacklist rt2800lib
blacklist rt2x00usb
blacklist rt2x00pci
blacklist rt2x00lib
No comments:
Post a Comment