25 November 2010

Android

Setelah sekian lama mula berkenalan dengan dunia linux ini,memang aku tunggu-tunggukan kemunculan OS utk mobile.Teringat masa dulu2,bila ajukan "soalan bodoh" ke dalam forum.Masa itu boleh dikatakan banyak cd utk pemasangan linux sahaja contohnya macam SuSe dan Fedora.Kemudian barulah muncul versi DVD.Banyak duit aku habis semata-mata nak mencuba Distro linux yang bermacam-macam.Minat punya pasal.

Pernah juga terfikir suatu ketika dulu,kalaulah boleh dimasukkan linux dalam telefon bimbit,alangkah seronoknya.Tahun 2004 baru tahu kewujudan distro linux terkecil pada masa itu,puppy linux dan kemudiannya Ubuntu memperkenalkan live cd utk pemasangan,jadi itu merupakan suatu harapan baru untuk aku mencuba Ubuntu dengan hanya sekeping cd.Tambahan pula,boleh dapat secara percuma dan penghantaran terus ke rumah daripada UK pun secara percuma.Menarik'kan?

Bila dah abis belajar dan bekerja,barulah dapat keluar duit sendiri dan buat kali pertama dapat juga membeli telefon bimbit "Samsung Galaxy S" yang menggunakan linux,Android.Walaupun,ramai yang mengatakan Iphone adalah jauh lebih baik dan stabil.Sungguhpun begitu,bagi aku IPhone merupakan telefon bimbit yang "Sombong",mana tidaknya nak berkongsi fail pun susah jika berlainan model telefon dan kebanyakkan aplikasi penuh secara berbayar.

Walaupun Samsung Galaxy S mempunyai perkakasan yang agak tip-top dan paparan yang cukup menarik cuma beberapa kelemahan yang masih lagi ada iaitu berkenaan jangka hayat bateri,sekejap sangat abis bateri.Mungkinkah telefon bimbit jenis PDA ini jauh lebih tahan lama berbanding versi PDA lain?

Tak cukup dengan itu.Walaupun dah ada High-End PDA,aku pun cuba dapatkan Low-End PDA keluaran Spice Mobile yang diedarkan oleh CSL.Setakat ini,aku masih belum dapat kenal pasti apa yang menyebabkan kecekapan SGS lebih perlahan berbanding Spice Mi-300 itu?Walaupun Mi-300 itu agak low-end PDA tetapi aku agak suka kerana ia mampu bertahan selama hampir 8-13 jam tanpa mematikan rangkaian data GPRS/EDGE,kalau guna SGS tanpa mematikan rangkaian data GPRS/EDGE bertahan lebih kurang 4-6 jam sahajalah jawabnya.

Angah pun dah beralih kepada Android dan memiliki HTC Nexus One.Nexus One merupakan telefon PDA pertama yang menggunakan Android dan menjadi "Anak Emas" Google Corp.Jadi Nexus1 akan mendapat versi terkini Android berbanding telefon bimbit yang lain.Sungguhpun begitu Nexus One tidak dipasarkan di Malaysia!

Selain versi PDA,yang menariknya Android juga boleh beroperasi di dalam Tablet PC dan merupakan pesaing kepada IPad.Wah,cepat betul perkembangan Android dan semakin popular seperti Ubuntu.Kebanyakan syarikat pembuat telefon bimbit/PDA sudah mula menumpukan kepada sistem operasi Android seperti Dell,Asus dan Acer.

Seolah-olah Android muncul mengegarkan dunia pada tahun 2010 ini...

No comments: