Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi eclipse dengan menggunakan arahan :
sudo apt-get install eclipse sun-java6*
Kemudian muat turun fail android-sdk_*-linux_x86.tgz di ruangan muat turunnya dan tempatkan di mana-mana folder yang anda senang untuk mencari.Sebagai contohnya untuk pemasangan ini saya letakkan di dalam direktori /home/myphnix/Desktop/ .
Kemudian setelah selesai dimuat turun,gunakan terminal dan tukar direktori
myphnix@myphnix-1000HE:/$ cd /home/myphnix/Desktop/
Anda akan dapat melihat fail tersebut dengan menggunakan arahan ls
Seterusnya,akan perlu mengektrak fail android-sdk_*-linux_x86.tgz
:/$ tar android-sdk_*-linux_x86.tgz
Nota : cara ektrak
Kemudian,
:/$ rm -f android-sdk_*-linux_x86.tgz
:/$ mv /home/myphnix/Desktop/android-sdk_*-linux_x86/ ~
Nota : Folder tersebut anda akan dapat lihat berada di /home/myphnix/
Seterusnya kita akan mengubahsuai fail bash dengan menggunakan terminal
:/$ gedit ~/.bashrc
tambah pada akhir skrip tersebut
[...]
export PATH=${PATH}:/home/myphnix/android-sdk-linux_x86/tools[...]
simpan dan tutup.
Lancarkan Eclipse pada Applications>Programming>Eclipse
menu Help>check for updates dan Install New Software
Untuk Install New Software anda perlu menambahan url untuk Android SDK iaitu https://dl-ssl.google.com/android/eclipse/
Kemudian tandakan semua untuk Android Eclipse (Android Development)
Seterusnya anda boleh meneruskan seperti pautan ini. Pada akhir tutorial tersebut terdapat satu contoh untuk membuat perisian anda sendiri.
Selamat mencuba.