Ubuntu jaunty (development branch)
Sekembali saya di sini pada tahun 2009.Rasanya agak terlewat juga untuk menyumbangkan bahan-bahan terkini memandangkan kesibukan tugas harian yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.Seperti biasa,ubuntu akan mengeluarkan versi terkini sepertimana yang berlaku pada waktu-waktu lepas.Kali ini Ubuntu 9.04 bakal dikeluarkan pada akhir April 2009 dan nama kod bagi versi kali ini dikenali sebagai Jaunty Jackapole,selepas versi "i",intrepid ibex iaitu versi 8.10.Setiapkali versi baru diperkenalkan pasti akan ada perubahan...
Pada 8hb April 2009 yang lepas,mungkin agak lewat untuk mencuba menaik taraf dari 8.10 kepada 9.04Beta.Namun di atas ruang masa yang agak sesuai maka saya mengambil peluang untuk mencuba bagi menaik taraf versi yang sedia ada pada notebook saya,compaq V3658TU.Dengan menggunakan arahan 'update-manager -d',proses menaik taraf dilaksanakan.Namun apabila saya menghidupkan kembali notebook,terdapat masalah bagi memasuki xserver(GUI).Oleh yang demikian,saya tetap meneruskan dengan kaedah menggunakan terminal(command line) di mana saya perlu membuat penyambungan ke internet menerusi ethernet port.
Apa yang saya dapati,versi beta kali ini tidak dapat memasuki GUI(mungkin masalah ini berlaku kepada saya sahaja)kerana driver bagi sistem grafik yang terkini tidak dapat dinaiktaraf secara automatik sewaktu proses menaiktaraf dilaksanakan malahan terdapat beberapa pakej-pakej dan komponen-komponen perlu dipasang secara manual.
Sebaik sahaja arahan 'sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade' dilakukan dengan menekan butang 'Alt+F2',masih terdapat pakej-pakej dan komponen yang diberi status "kept back".Bagi mengatasi masalah ini,terlebih dahulu saya memasang komponen xserver terutama sekali pada graphic dengan menggunakan arahan 'sudo apt-get install xserver-xorg-video-intel && sudo apt-get install ubuntu-desktop' dan komponen-komponen lain yang diperlukan.Kemudiannya komponen-komponen kernel juga dinaiktaraf kepada kernel-2.6.28-11-generic.
Sebaik sahaja dihidupkan kembali,saya berjaya memasuki ke dalam paparan persekitaran desktop(xserver atau GUI).Apa yang saya dapati,sistem audio tidak dapat dinaiktaraf yang mana diberi status,'kept back'.Segala apa komponen yang gagal dinaiktaraf,saya lakukan secara manual satu persatu sehingga semuanya kembali normal.
Oleh kerana ia masih dalam peringkat pembangunan(development) adalah menjadi kebiasaan terdapat bugs.Apa yang menarik pada peringkat pembangunan ini,Jaunty mampu mengesan sebarang bug yang terdapat padanya walaupun terdapat bugs yang kecil dan ia terus menghantar maklumat bugs tersebut terus menerus menerusi bug report tools agar para jurutera program dapat memperbaiki kelemahan tersebut sebelum versi penuh dipasarkan.
Usplash Ubuntu dan DGM login turut diperkenalkan dengan versi baru yang agak menarik bagi saya.Kemudian,terdapat tema baru yang terdapat pada versi ini iaitu 'new wave' dan wallpaper turut menarik walaupun agak 'simple' tanpa gambar haiwan seperti Intrepid Ibex.Susunan dekstop dan aplikasi tidak jauh berbeza berbanding versi 8.10.Jangan terkejut sekiranya anda tidak menjumpai butang arahan restart,suspend,logout dan shut down pada menu sistem ya...butang tersebut telah diletakkan pada butang hujung sebelah atas kanan.
Kemudian,saya mencuba untuk menggunakan HSPDA Usb Modem keluaran huawei.Seperti yang kita sedia maklum,kebanyakkan modem 3G atau 3GX tidak mempunyai masalah untuk pemasangan drivernya kecuali modem keluaran yang tertentu.Pada awalnya,network-manager saya gagal untuk membuat penyambungan ke internet namun masalah tersebut telah diatasi dengan menaiktaraf pakej network-manager yang terkini.Resolusi paparan juga banyak berbanding yang terdahulu dimana kita boleh membuat lebih banyak pilihan mengikut kesesuaian.
Walau bagaimanapun,masih terdapat banyak lagi perkara yang masih lagi dalam pembangunan yang mana perlu ditambahbaik dan diperbaiki terutama sekali memfokuskan kepada perkakasan keras(hardware) dan prestasi bagi notebook atau netbook.
No comments:
Post a Comment