16 August 2008

Huawei E220 HSPDA USB & Ubuntu 8.04LTS

Bagi pengguna-pengguna Ubuntu,anda juga boleh menggunakan modem ini bagi membuat sambungan menerusi Broadband 3G.Namun begitu beberapa langkah perlu diambil.Di dalam blog ini,saya berkongsi pengalaman bagaimana sambungan Celcom 3G dilakukan.

Di dalam Sistem Operasi Windows,sambungan 3G Broadband dilakukan dengan menggunakan aplikasi dail-up sama ada menggunakan aplikasi yang terdapat pada modem 3G tersebut.Sungguhpun begitu,di dalam linux kita boleh menggunakan fungsi wvdial ataupun gnome-ppp.

Apa yang anda perlu lakukan ialah memasang modem usb tersebut ke mana-mana port usb dan pastikan akaun Celcom3G anda tidak mempunyai masalah.


A)WVDIAL

Merupakan suatu aplikasi dimana ia menggunakan skrip bagi membuat sambungan (dailing) 3G Broadband.

1)Gunakan terminal

2)Taiplsusb
*arahan ini digunakan bagi mengesan sebarang sambungan yang terdapat pada port usb.

3)Anda disarankan agar mengemaskini modul pengesan usb dengan menggunakan arahan sudo update-usbids



4)Jika masih tidak dapat dikesan,biarkan sambungkan(plug)usb tersebut dan reboot sistem Ubuntu anda.



5)Kemudian,ulangi arahanlsusb.Sekiranya modem usb anda telah dapat dikesan,taip sudo wvdialconf
*arahan ini digunakan bagi mengesan dan membuat konfigurasi terhadap modem tersebut

5)Maka ia akan memberi paparan seperti contoh berikut:-



6)Kemudian sudo gedit /etc/wvdial.conf

7)Masukkan skrip seperti berikut

[Dialer celcom3g]

Phone = *99***1#
Modem = /dev/ttyUSB0
Username = user
Password = pass
ISDN = 0
New PPPD = yes
Baud = 1843200
Init2 = ATZ
Init3 = ATQ0 V1 E1 S0=0 &C1 &D2 +FCLASS=0
Modem Type = Analog Modem
Stupid Mode = 1


8)Anda boleh membuat sambungan Celcom3G anda dengan menggunakan arahan sudo wvdial celcom3g.Untuk menghentikan sambungan atau pembatalan sambungan tekan gabungan kekunci "alt+c"

GNOME-PPP

1)gnome-ppp merupakan aplikasi yang mempunyai perantaramuka grafik di mana ia mempunyai fungsi dail-up seperti wvdial.

2)untuk itu gunakan arahan sudo apt-get install gnome-ppp build-essential

3)Kemudian lancarkan aplikasi gnome-ppp tersebut Application>Internet>Gnome PPP



4)Kesan(detect)modem



5)Masukkan username dan password.No dail ialah *99***1#



Untuk mendapatkan grafik bar kekuatan sambungan broadband(Signal Strength)

1)wget http://oozie.fm.interia.pl/src/he220stat.tar.bz2
2)cd /home/nama-komputer-anda
3)ikut arahan berikut

tar xjvf he220stat.tar.bz2
cd he220stat*
./configure
make
make install
xhe220stat

No comments: