27 November 2010

Android Developers : Software Development Kits

Pada kali ini, saya sedang mencuba untuk membuat pemasangan SDK bagi Android ke dalam Ubuntu 10.10 dan hampir-hampir tidak faham dengan cara pemasangan yang terdapat di dalam link Android Developers [pautan].

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi eclipse dengan menggunakan arahan :

sudo apt-get install eclipse sun-java6*

Kemudian muat turun fail android-sdk_*-linux_x86.tgz di ruangan muat turunnya dan tempatkan di mana-mana folder yang anda senang untuk mencari.Sebagai contohnya untuk pemasangan ini saya letakkan di dalam direktori /home/myphnix/Desktop/ .

Kemudian setelah selesai dimuat turun,gunakan terminal dan tukar direktori

myphnix@myphnix-1000HE:/$ cd /home/myphnix/Desktop/

Anda akan dapat melihat fail tersebut dengan menggunakan arahan ls

Seterusnya,akan perlu mengektrak fail android-sdk_*-linux_x86.tgz

:/$ tar android-sdk_*-linux_x86.tgz
Nota : cara ektrak

Kemudian,

:/$ rm -f android-sdk_*-linux_x86.tgz
:/$ mv /home/myphnix/Desktop/android-sdk_*-linux_x86/ ~

Nota : Folder tersebut anda akan dapat lihat berada di /home/myphnix/

Seterusnya kita akan mengubahsuai fail bash dengan menggunakan terminal

:/$ gedit ~/.bashrc

tambah pada akhir skrip tersebut
[...]
export PATH=${PATH}:/home/myphnix/android-sdk-linux_x86/tools
[...]
simpan dan tutup.

Lancarkan Eclipse pada Applications>Programming>Eclipse

menu Help>check for updates dan Install New Software

Untuk Install New Software anda perlu menambahan url untuk Android SDK iaitu https://dl-ssl.google.com/android/eclipse/
Kemudian tandakan semua untuk Android Eclipse (Android Development)

Seterusnya anda boleh meneruskan seperti pautan ini. Pada akhir tutorial tersebut terdapat satu contoh untuk membuat perisian anda sendiri.

Selamat mencuba.