17 June 2011

Pemasangan Pemacu Wifi Broadcom

Pemasangan "Broadcom Wireless STA Driver" di dalam Fedora

Berikut adalah panduan pemasangan bagi pemacu "Broadcom Wireless STA drive di dalam fedora iaitu jenis BCM4311-, BCM4312-, BCM4321-, dan BCM4322.

1) Muatkan repo dari rpmfusion.
Broadcom-wl dan wl-kmod RPMs yang diperlukan boleh diperolehi dari "rpmfusion non-free repository" di mana ia turut memerlukan "rpmfusion free repository". Untuk memuatkannya :-

#su -c 'rpm -Uvh http://download1.rpmfusion.org/free/fedora/rpmfusion-free-release-stable.noarch.rpm http://download1.rpmfusion.org/nonfree/fedora/rpmfusion-nonfree-release-stable.noarch.rpm'

2) Kemaskini dan pemasangan pakej pemacu tersebut

Bagi mengaktifkan pemacu tersebut anda perlulah membuat kemaskini dan memasang seperti arahan berikut

#su -
#yum update
#yum install kmod-wl

3)Matikan dan hidupkan semula sistem anda.

15 January 2011

Google I/O

14 January 2011

Official Froyo Samsung Galaxy S

Walaupun dah upgrade kepada versi 2.2 di Samsung Service Center.Berikut adalah langkah-langkah pemasangan Official froyo SGS yang diperolehi dari halaman web sebagai rujukan.



Prosedur:
1.unrar I9000ZSJPD.rar
2.Lancarkan Odin. (Dan Kies dekat, jika anda mempunyai terbuka Hal ini penting untuk memiliki Sambungan Odin SEBELUM buka telefon melalui USB!.)
3.Pilih PDA dan. File PIT di Odin ... ada re-partisi!
4.Hidupkan telefon ke mod download dengan menekan dan menahan Volume Down + Home + Power.
5.Sambungkan telefon anda dengan komputer anda dan tunggu sehingga pemacu dipasang.
6.Setelah driver telah terinstall, klik Start telefon  

7.Telefon akan menyala dan setelah itu selesai, maka akan boot. (JANGAN lepaskan usb-kabel, keluarkan bateri atau mengganggu proses ini!)
8.Anda telah berjaya berkelebat telefon anda.


Dapatkan Official Froyo di sini

Sumber : Samsung Galaxy Forum

08 January 2011

Naik taraf MI-300

Tanggal 8 Jan 2011 akhirnya aku berjaya untuk menaiktaraf versi 2.1_update1 kepada versi 2.2.1 meskipun terpaksa menggunakan rom daripada Boston.Mana tidaknya,nak tunggu rom dari CSL ntah bilalah.

Agak tidak berapa faham bagaimana untuk membuat penaiktarafan.Apa yang penting sebelum naiktaraf,pastikan :-
1)Gunakan perisian untuk dapatkan akses root.
2)Buat backup menggunakan RomManager.
3)Pastikan menggunakan Official ROM yang sama dengan model yang hendak dinaiktaraf.
4)Baca arahan dan komen-komen dalam blog-blog panduan.
5)Ya perkara yang amat penting ialah pastikan bateri penuh dan ada ruang memori yang cukup.

Berikut adalah pautan panduan :-
1)http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1665404&st=320&p=39132826&#entry39132826
2)http://www.bloggingtipsonline.com/2010/12/cyanogenmod-6-1-commtiva-z1-spice-mi300-and-other-variants-finally-out-of-beta/
3)Untuk panduan Official Boston http://boston-mania.blogspot.com/2011/01/rom-22-official-apanda-a60-rom-22.html?showComment=1294445169610_AIe9_BHZosew2yc8leFawE_z2j1xG4EFBaXGhIK2Jx4qL0kGc7Tt3XIUxuG2dXw3JHywR7J3RnI_25_InZXIKGZMuZNZvLwe4hqbFJetvw78eNgBaHSlVFVb74H7l5gVZVp0d-IW6fIcq-uWDQxuFbhZ7SGO554IrGTV9py5QjDfZKAxXDsSvifpXps0xoo5lBJOLFmptgXrowpEbDjS9JS6Crq-OggEAFgyR2QxBkT8mDdadYw8gjQaBLJswDrPGtkP34RTdB9qGLeqK_gX8kDvMKvMuhjahebP2HtnqAQZlEIKAQLNCeQTRllbXpXHZTmEFSYoAVJwS14D3mhv_0AvNBX7mzeyvbodFnBGpHmQDXpHW0VpgnT2ejprYO1qzyGeNYAPGFJrKd9sOH6hlC5rj3eWRwESQOWlfDXu_hdr7rxuRmyX_j2p96eNG0A6dRfRFcV_0psehE_9WhyH-DOdDmZ4gKAE8Wd4vlnd8U934xJN8y4fSz59OBljUqqXtyfqkbTwokaomSDEIIzFdG_ojbsDXDURvL6R1XMr6_0OVSlQreM4NSEMxOm2ybo3ELP7FW7MhChHPIILgqjlXOaFtQc6RzCol8t1XK84QKghTM4eH7ChxqhU0gYw2P5_zts246LhwgKEWhbJciB8Ap9j2loooCvz1CYUw9b5KpQad1yxrVpJkMPFwWhp0uTO9N_5XuWvpjtCKoAca6ZD_MGJVi5WINJuB7N6NSUxUEyJjUKSoJsKgRPoHKanebOZSjKAfroclne1MAa_gWc0SSgtsbaRuuThVQmqEsWUl0OHTe73tONHBMyplaXBN9O92Q3rjAhy4lQa7hdF8Cm3zpLvThxc1z8nDg#c7521159348401486489

Perhatian : Percubaan anda merupakan risiko dan tanggungjawab anda sendiri.

12 December 2010

APN for Celcom & Maxis

No pop-up APN setting by Network Provider for Froyo?Hmmm, got to configure it manually.

Celcom

Celcom 3g internet setting :

Name : Celcom 3G Internet
APN : celcom3g
MCC : 502
MNC : 19
APN type : default

Celcom 3g MMS setting :

Name : Celcom 3G MMS
APN : celcom3g
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

Celcom 2g internet setting :

Name : Celcom 2G Internet
APN : celcom.net.my
MCC : 502
MNC : 19
APN type : default

Celcom 2g MMS setting :

Name : Celcom 2G MMS
APN : mms.celcom.net.my
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms


Maxis

3G WAP & MMS CONFIGURATION

1. Press Menu > Settings > Wireless Controls > Mobile networks

2. Select Access Points Names

3. Press Menu button > Select New APN

4. Enter the following details for WAP settings:

Name : Maxis
APN : (NOTE: unet for 3G or net for GPRS)
Proxy : 202.75.133.49
Port : 80
Username: maxis
Password : wap
Authentication Protocol:

5. Scroll further down.

6. Enter the following details for MMS settings :


Server : Maxis MMS
MSC : http: //172. 16.74.100:10021/mmsc
MMS proxy : 202.75.133.49
MMS port : 80
MCC : 502
MNC : 12
APN Type : default

27 November 2010

Android Developers : Software Development Kits

Pada kali ini, saya sedang mencuba untuk membuat pemasangan SDK bagi Android ke dalam Ubuntu 10.10 dan hampir-hampir tidak faham dengan cara pemasangan yang terdapat di dalam link Android Developers [pautan].

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi eclipse dengan menggunakan arahan :

sudo apt-get install eclipse sun-java6*

Kemudian muat turun fail android-sdk_*-linux_x86.tgz di ruangan muat turunnya dan tempatkan di mana-mana folder yang anda senang untuk mencari.Sebagai contohnya untuk pemasangan ini saya letakkan di dalam direktori /home/myphnix/Desktop/ .

Kemudian setelah selesai dimuat turun,gunakan terminal dan tukar direktori

myphnix@myphnix-1000HE:/$ cd /home/myphnix/Desktop/

Anda akan dapat melihat fail tersebut dengan menggunakan arahan ls

Seterusnya,akan perlu mengektrak fail android-sdk_*-linux_x86.tgz

:/$ tar android-sdk_*-linux_x86.tgz
Nota : cara ektrak

Kemudian,

:/$ rm -f android-sdk_*-linux_x86.tgz
:/$ mv /home/myphnix/Desktop/android-sdk_*-linux_x86/ ~

Nota : Folder tersebut anda akan dapat lihat berada di /home/myphnix/

Seterusnya kita akan mengubahsuai fail bash dengan menggunakan terminal

:/$ gedit ~/.bashrc

tambah pada akhir skrip tersebut
[...]
export PATH=${PATH}:/home/myphnix/android-sdk-linux_x86/tools
[...]
simpan dan tutup.

Lancarkan Eclipse pada Applications>Programming>Eclipse

menu Help>check for updates dan Install New Software

Untuk Install New Software anda perlu menambahan url untuk Android SDK iaitu https://dl-ssl.google.com/android/eclipse/
Kemudian tandakan semua untuk Android Eclipse (Android Development)

Seterusnya anda boleh meneruskan seperti pautan ini. Pada akhir tutorial tersebut terdapat satu contoh untuk membuat perisian anda sendiri.

Selamat mencuba.

25 November 2010

Android

Setelah sekian lama mula berkenalan dengan dunia linux ini,memang aku tunggu-tunggukan kemunculan OS utk mobile.Teringat masa dulu2,bila ajukan "soalan bodoh" ke dalam forum.Masa itu boleh dikatakan banyak cd utk pemasangan linux sahaja contohnya macam SuSe dan Fedora.Kemudian barulah muncul versi DVD.Banyak duit aku habis semata-mata nak mencuba Distro linux yang bermacam-macam.Minat punya pasal.

Pernah juga terfikir suatu ketika dulu,kalaulah boleh dimasukkan linux dalam telefon bimbit,alangkah seronoknya.Tahun 2004 baru tahu kewujudan distro linux terkecil pada masa itu,puppy linux dan kemudiannya Ubuntu memperkenalkan live cd utk pemasangan,jadi itu merupakan suatu harapan baru untuk aku mencuba Ubuntu dengan hanya sekeping cd.Tambahan pula,boleh dapat secara percuma dan penghantaran terus ke rumah daripada UK pun secara percuma.Menarik'kan?

Bila dah abis belajar dan bekerja,barulah dapat keluar duit sendiri dan buat kali pertama dapat juga membeli telefon bimbit "Samsung Galaxy S" yang menggunakan linux,Android.Walaupun,ramai yang mengatakan Iphone adalah jauh lebih baik dan stabil.Sungguhpun begitu,bagi aku IPhone merupakan telefon bimbit yang "Sombong",mana tidaknya nak berkongsi fail pun susah jika berlainan model telefon dan kebanyakkan aplikasi penuh secara berbayar.

Walaupun Samsung Galaxy S mempunyai perkakasan yang agak tip-top dan paparan yang cukup menarik cuma beberapa kelemahan yang masih lagi ada iaitu berkenaan jangka hayat bateri,sekejap sangat abis bateri.Mungkinkah telefon bimbit jenis PDA ini jauh lebih tahan lama berbanding versi PDA lain?

Tak cukup dengan itu.Walaupun dah ada High-End PDA,aku pun cuba dapatkan Low-End PDA keluaran Spice Mobile yang diedarkan oleh CSL.Setakat ini,aku masih belum dapat kenal pasti apa yang menyebabkan kecekapan SGS lebih perlahan berbanding Spice Mi-300 itu?Walaupun Mi-300 itu agak low-end PDA tetapi aku agak suka kerana ia mampu bertahan selama hampir 8-13 jam tanpa mematikan rangkaian data GPRS/EDGE,kalau guna SGS tanpa mematikan rangkaian data GPRS/EDGE bertahan lebih kurang 4-6 jam sahajalah jawabnya.

Angah pun dah beralih kepada Android dan memiliki HTC Nexus One.Nexus One merupakan telefon PDA pertama yang menggunakan Android dan menjadi "Anak Emas" Google Corp.Jadi Nexus1 akan mendapat versi terkini Android berbanding telefon bimbit yang lain.Sungguhpun begitu Nexus One tidak dipasarkan di Malaysia!

Selain versi PDA,yang menariknya Android juga boleh beroperasi di dalam Tablet PC dan merupakan pesaing kepada IPad.Wah,cepat betul perkembangan Android dan semakin popular seperti Ubuntu.Kebanyakan syarikat pembuat telefon bimbit/PDA sudah mula menumpukan kepada sistem operasi Android seperti Dell,Asus dan Acer.

Seolah-olah Android muncul mengegarkan dunia pada tahun 2010 ini...

Wah...setahun lebih.

Sejak 5 Mei 2009 dan hari ini barulah mula menaip semula.Lebih setahun tidak menulis di halaman blog kerana kekangan masa dan sudah kira lama tidak bermain dengan ubuntu.Jadi kali ini,aku pasang ubuntu 10.10 reloaded version pada EEEPC 1000HE.

Dari segi instalasi agak menarik pada versi terkini dan bertambah pantas berbanding versi sebelumnya.Masalah yang pertama aku temui buat masa sekarang ialah dari segi sambungan wifi,Ralink RT2860 di mana sambungan secara automatik semasa boot-up tidak menjadi masalah yang besar tetapi sekiranya membatalkan sambungan dan Network manager gagal membuat penyambungan semula.Seperti biasa pencarian di forum dan blog adalah langkah yang terbaik.

Setelah dikenalpasti dan langkah yang terbaik ialah menerusi halaman blog ini,http://www.twentyways.com/2010/11/19/fixing-wireless-issues-with-asus-eeepc-1000he-running-ubuntu-10-10/

Langkahnya agak mudah dimana kita perlu "blacklist" beberapa modul iaitu dengan menambah di dalam fail blacklist.conf

sudo gedit /etc/modprobe.d/blacklist.conf

tambah senarai modul ini pada akhir skrip tersebut

blacklist rt2800pci
blacklist rt2800lib
blacklist rt2x00usb
blacklist rt2x00pci
blacklist rt2x00lib

05 May 2009

Ubuntu 9.04 : Bagaimana untuk menyelesaikan masalah Compiz Fusion pada pemacu Intel GM965


phyz@myphnix:~$ wget http://blogage.de/files/9124/download -O compiz-check
--2009-05-05 22:16:43-- http://blogage.de/files/9124/download
Resolving blogage.de... 78.46.34.206
Connecting to blogage.de|78.46.34.206|:80... connected.
HTTP request sent, awaiting response... 200 OK
Length: unspecified [application/octet-stream]
Saving to: `compiz-check'

[ <=> ] 28,360 2.29K/s in 21s

2009-05-05 22:17:10 (1.31 KB/s) - `compiz-check' saved [28360]

phyz@myphnix:~$ chmod +x compiz-check
phyz@myphnix:~$ ./compiz-check

Gathering information about your system...

Distribution: Ubuntu 9.04
Desktop environment: GNOME
Graphics chip: Intel Corporation Mobile GM965/GL960 Integrated Graphics Controller (rev 0c)
Driver in use: intel
Rendering method: AIGLX

Checking if it's possible to run Compiz on your system...

Checking for texture_from_pixmap... [ OK ]
Checking for non power of two support... [ OK ]
Checking for composite extension... [ OK ]
Checking for FBConfig... [ OK ]
Checking for hardware/setup problems... [WARN]

Something potential problematic has been detected with your setup:
Warning: PCI ID 8086:2a02 detected.

Would you like to know more? (Y/n) y

Your particular graphics chip may be blacklisted on certain distributions.
However that does not necessarily mean you will not be able to run Compiz.

You can skip this blacklist -- but keep in mind that you did so.
Do not complain if you encounter any problems with Compiz afterwards.

Do you want to skip blacklist checks by Compiz? (y/N) y
phyz@myphnix:~$ compiz-check
bash: compiz-check: command not found
phyz@myphnix:~$ ./compiz-check

Gathering information about your system...

Distribution: Ubuntu 9.04
Desktop environment: GNOME
Graphics chip: Intel Corporation Mobile GM965/GL960 Integrated Graphics Controller (rev 0c)
Driver in use: intel
Rendering method: AIGLX

Checking if it's possible to run Compiz on your system...

Checking for texture_from_pixmap... [ OK ]
Checking for non power of two support... [ OK ]
Checking for composite extension... [ OK ]
Checking for FBConfig... [ OK ]
Checking for hardware/setup problems... [ OK ]

phyz@myphnix:

10 April 2009

Pemasangan MS Office 2007 ke dalam Ubuntu 9.04

1) sudo wget -q http://wine.budgetdedicated.com/apt/387EE263.gpg -O- | sudo apt-key add -
2) sudo wget http://wine.budgetdedicated.com/apt/sources.list.d/hardy.list -O /etc/apt/sources.list.d/winehq.list
3) sudo apt-get update
4) wget http://www.kegel.com/wine/winetricks
5) larikan arahan alt+F2
6) Di bawah tab "application" sila pilih "windows vista"
7) Di bawah tab "driver" sila tekan butang "autodetect"
8) Kemudian larikan kod ini di dalam terminal sh winetricks msxml3 dotnet20 gdiplus riched20 riched30 vcrun2005sp1 .Teruskan sehingga selesai.
9) Cari folder: ~/.wine/drive_c/windows/system32/
*anda juga boleh mencarinya di dalam folder Home dan tekan butang ctrl + H.
10) backup fail " .dll " dan namakan rpcrt4.dll kepada rpcrt4.bak
11) Muat turun fail rpcrt4.dll terkini dari http://www.mediafire.com/?njtut9aswdk


langkah selainnya boleh dirujuk di http://samanathon.com/how-to-install-microsoft-office-2007-in-ubuntu-804/

Jaunty Jackalope beta

Ubuntu jaunty (development branch)

Sekembali saya di sini pada tahun 2009.Rasanya agak terlewat juga untuk menyumbangkan bahan-bahan terkini memandangkan kesibukan tugas harian yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.Seperti biasa,ubuntu akan mengeluarkan versi terkini sepertimana yang berlaku pada waktu-waktu lepas.Kali ini Ubuntu 9.04 bakal dikeluarkan pada akhir April 2009 dan nama kod bagi versi kali ini dikenali sebagai Jaunty Jackapole,selepas versi "i",intrepid ibex iaitu versi 8.10.Setiapkali versi baru diperkenalkan pasti akan ada perubahan...

Pada 8hb April 2009 yang lepas,mungkin agak lewat untuk mencuba menaik taraf dari 8.10 kepada 9.04Beta.Namun di atas ruang masa yang agak sesuai maka saya mengambil peluang untuk mencuba bagi menaik taraf versi yang sedia ada pada notebook saya,compaq V3658TU.Dengan menggunakan arahan 'update-manager -d',proses menaik taraf dilaksanakan.Namun apabila saya menghidupkan kembali notebook,terdapat masalah bagi memasuki xserver(GUI).Oleh yang demikian,saya tetap meneruskan dengan kaedah menggunakan terminal(command line) di mana saya perlu membuat penyambungan ke internet menerusi ethernet port.

Apa yang saya dapati,versi beta kali ini tidak dapat memasuki GUI(mungkin masalah ini berlaku kepada saya sahaja)kerana driver bagi sistem grafik yang terkini tidak dapat dinaiktaraf secara automatik sewaktu proses menaiktaraf dilaksanakan malahan terdapat beberapa pakej-pakej dan komponen-komponen perlu dipasang secara manual.

Sebaik sahaja arahan 'sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade' dilakukan dengan menekan butang 'Alt+F2',masih terdapat pakej-pakej dan komponen yang diberi status "kept back".Bagi mengatasi masalah ini,terlebih dahulu saya memasang komponen xserver terutama sekali pada graphic dengan menggunakan arahan 'sudo apt-get install xserver-xorg-video-intel && sudo apt-get install ubuntu-desktop' dan komponen-komponen lain yang diperlukan.Kemudiannya komponen-komponen kernel juga dinaiktaraf kepada kernel-2.6.28-11-generic.

Sebaik sahaja dihidupkan kembali,saya berjaya memasuki ke dalam paparan persekitaran desktop(xserver atau GUI).Apa yang saya dapati,sistem audio tidak dapat dinaiktaraf yang mana diberi status,'kept back'.Segala apa komponen yang gagal dinaiktaraf,saya lakukan secara manual satu persatu sehingga semuanya kembali normal.

Oleh kerana ia masih dalam peringkat pembangunan(development) adalah menjadi kebiasaan terdapat bugs.Apa yang menarik pada peringkat pembangunan ini,Jaunty mampu mengesan sebarang bug yang terdapat padanya walaupun terdapat bugs yang kecil dan ia terus menghantar maklumat bugs tersebut terus menerus menerusi bug report tools agar para jurutera program dapat memperbaiki kelemahan tersebut sebelum versi penuh dipasarkan.

Usplash Ubuntu dan DGM login turut diperkenalkan dengan versi baru yang agak menarik bagi saya.Kemudian,terdapat tema baru yang terdapat pada versi ini iaitu 'new wave' dan wallpaper turut menarik walaupun agak 'simple' tanpa gambar haiwan seperti Intrepid Ibex.Susunan dekstop dan aplikasi tidak jauh berbeza berbanding versi 8.10.Jangan terkejut sekiranya anda tidak menjumpai butang arahan restart,suspend,logout dan shut down pada menu sistem ya...butang tersebut telah diletakkan pada butang hujung sebelah atas kanan.

Kemudian,saya mencuba untuk menggunakan HSPDA Usb Modem keluaran huawei.Seperti yang kita sedia maklum,kebanyakkan modem 3G atau 3GX tidak mempunyai masalah untuk pemasangan drivernya kecuali modem keluaran yang tertentu.Pada awalnya,network-manager saya gagal untuk membuat penyambungan ke internet namun masalah tersebut telah diatasi dengan menaiktaraf pakej network-manager yang terkini.Resolusi paparan juga banyak berbanding yang terdahulu dimana kita boleh membuat lebih banyak pilihan mengikut kesesuaian.

Walau bagaimanapun,masih terdapat banyak lagi perkara yang masih lagi dalam pembangunan yang mana perlu ditambahbaik dan diperbaiki terutama sekali memfokuskan kepada perkakasan keras(hardware) dan prestasi bagi notebook atau netbook.

22 November 2008

Vodafone Mobile Connect

Agak bosan juga bila aplikasi pendail broadband Huawei hanya boleh digunakan bagi sistem operasi seperti windows & mac,lebih-lebih lagi aplikasi yang disediakan itu mempunyai sistem penghantaran dan penerimaan SMS selain dari mendail.

Sebelum ini,saya hanya menggunakan arahan 'wvdial' untuk membuat sambungan ke internet menerusi celcom broadband dan kemudiannya menggunakan 'gnome-ppp'.Setelah meninjau ke halaman-halaman web,akhirnya saya menemui satu penyelesaian lain bagi aplikasi vodafone bagi modem K3520(E169) ini.








Pemasangan:-

1. Apa yang perlu anda buat ialah mendapatkan aplikasinya di halaman web ini,http://www.betavine.net/bvportal/web/linux_drivers
http://www.betavine.net/bvportal/web/linux_drivers


2. kemudian muat-turun aplikasi :-

Auto Install for Ubuntu Fedora SuSE

Vodafone Connect Card Drivers for

Version: 2.0.beta3

Distribution: OpenSuse 10.3; Ubuntu 7.10 or 8.4; Fedora 8

Architecture: Intel386

3. Muat-turun fail tersebut (vodafone-mobile-connect-card-driver-for-linux-2.0.beta3-ALL-i386-installer.run) dan letakkan ke lokasi yang inginkan (contohnya pada Desktop)

4. Sebaik sahaja memuat-turun aplikasi tersebut,gunakan arahan 'cd ~/Desktop' pada aplikasi terminal untuk menukar direktori user kepada desktop.

5. Untuk memastikan anda berada di dalam direktori dimana terletaknya aplikasi yang telah anda muat turun tersebut,gunakan arahan ls.Pastikan aplikasi yang telah ada muat turun berada disitu.

6.seterusnya,gunakan arahan

sudo sh vodafone-mobile-connect-card-driver-for-linux-2.0.beta3-ALL-i386-installer.run

7. Pemasangan akan berjalan dan sistem pemasangan akan meminta anda memasukkan jenis-jenis atau nama user yang dibenarkan untuk menggunakan aplikasi ini.Anda hanya perlu memasukkan 'root' jarak 'nama user bagi sistem ubuntu anda'.

8. Seterusnya,anda boleh menggunakan aplikasi VMC(Vodafone Mobile Connect) yang terletak pada Applications>Internet>Vodafone Mobile Connect Card driver for Linux

9. Sebelum itu,pastikan anda telah setkan akses user pada menu 'system>administration>users & groups>unlock(masukkan password root anda)>manage groups>vmc>properties>check pada root dan user anda

10. Lancarkan aplikasi VMC pada Applications>Internet>Vodafone Mobile Connect Card driver for Linux

11. Buat kali pertama sistem VMC akan mengenalpasti jenis modem yang anda gunakan dan masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nama sambungan,id pengguna dan 'password'.Sebagai contoh:-

Connection name : celcom broadband (ikutlah nak namakan ape pun)
user : user
password : pass


12. Setelah selesai,anda boleh membuat sambungan terus ke internet menggunakan aplikasi VMC tersebut.

08 November 2008

Kalaulah Ubuntu 'hang'

Alt-SysRq
Cara untuk recover dengan selamat. Tekan Alt-SysRq dan REISUB.
Tangan kiri tekan Alt. Tangan kanan tekan kekunci SysRQ. kemudian taip REISUB.

System akan reboot dengan selamatnya.

R- keyboard Raw mode off
E-End process
I-kill process
S-Sync mounted partition
U-Unmount
B-reBoot

http://en.wikipedia.org/wiki/Magic_SysRq_key

09 October 2008

Evolution & Gmail

Berikut adalah konfigurasi bagi akaun Gmail menerusi aplikasi Evolution:-


Tab "Receiving Mail"

Server type: POP
Server: pop.gmail.com
Username: nama_akaun_anda@gmail.com
Use secure connection: SSL encryption
Authentication type: Password


Di bawah tab "Sending Mail" pula

Server type: SMTP
Server: smtp.gmail.com
Server requires authentication: checked
Use secure connection: SSL encryption
Authentication type: Plain
Username: nama_akaun_anda@gmail.com





10 September 2008

Checkgmail

Checkgmail merupakan salah satu aplikasi yang terdapat di dalam linux di mana ia berfungsi sebagai agen pengimbas(penyemak/check gmail).Akan tetapi aplikasi checkgmail yang terdapat di dalam Ubuntu 8.04 mengalami sedikit kelemahan dimana ia tidak dapat membuat sambungan secara terus kepada akaun gmail yang mana ia akan memaparkan "error:401 unauthorise".

Namun,masalah tersebut boleh di atasi dengan melancarkan arahan-arahan dibawah:-


$ svn co https://checkgmail.svn.sourceforge.net/svnroot/checkgmail checkgmail
$ cd checkgmail
$ sudo cp checkgmail /usr/bin/


Selamat mencuba.

16 August 2008

Huawei E220 HSPDA USB & Ubuntu 8.04LTS

Bagi pengguna-pengguna Ubuntu,anda juga boleh menggunakan modem ini bagi membuat sambungan menerusi Broadband 3G.Namun begitu beberapa langkah perlu diambil.Di dalam blog ini,saya berkongsi pengalaman bagaimana sambungan Celcom 3G dilakukan.

Di dalam Sistem Operasi Windows,sambungan 3G Broadband dilakukan dengan menggunakan aplikasi dail-up sama ada menggunakan aplikasi yang terdapat pada modem 3G tersebut.Sungguhpun begitu,di dalam linux kita boleh menggunakan fungsi wvdial ataupun gnome-ppp.

Apa yang anda perlu lakukan ialah memasang modem usb tersebut ke mana-mana port usb dan pastikan akaun Celcom3G anda tidak mempunyai masalah.


A)WVDIAL

Merupakan suatu aplikasi dimana ia menggunakan skrip bagi membuat sambungan (dailing) 3G Broadband.

1)Gunakan terminal

2)Taiplsusb
*arahan ini digunakan bagi mengesan sebarang sambungan yang terdapat pada port usb.

3)Anda disarankan agar mengemaskini modul pengesan usb dengan menggunakan arahan sudo update-usbids



4)Jika masih tidak dapat dikesan,biarkan sambungkan(plug)usb tersebut dan reboot sistem Ubuntu anda.



5)Kemudian,ulangi arahanlsusb.Sekiranya modem usb anda telah dapat dikesan,taip sudo wvdialconf
*arahan ini digunakan bagi mengesan dan membuat konfigurasi terhadap modem tersebut

5)Maka ia akan memberi paparan seperti contoh berikut:-



6)Kemudian sudo gedit /etc/wvdial.conf

7)Masukkan skrip seperti berikut

[Dialer celcom3g]

Phone = *99***1#
Modem = /dev/ttyUSB0
Username = user
Password = pass
ISDN = 0
New PPPD = yes
Baud = 1843200
Init2 = ATZ
Init3 = ATQ0 V1 E1 S0=0 &C1 &D2 +FCLASS=0
Modem Type = Analog Modem
Stupid Mode = 1


8)Anda boleh membuat sambungan Celcom3G anda dengan menggunakan arahan sudo wvdial celcom3g.Untuk menghentikan sambungan atau pembatalan sambungan tekan gabungan kekunci "alt+c"

GNOME-PPP

1)gnome-ppp merupakan aplikasi yang mempunyai perantaramuka grafik di mana ia mempunyai fungsi dail-up seperti wvdial.

2)untuk itu gunakan arahan sudo apt-get install gnome-ppp build-essential

3)Kemudian lancarkan aplikasi gnome-ppp tersebut Application>Internet>Gnome PPP



4)Kesan(detect)modem



5)Masukkan username dan password.No dail ialah *99***1#



Untuk mendapatkan grafik bar kekuatan sambungan broadband(Signal Strength)

1)wget http://oozie.fm.interia.pl/src/he220stat.tar.bz2
2)cd /home/nama-komputer-anda
3)ikut arahan berikut

tar xjvf he220stat.tar.bz2
cd he220stat*
./configure
make
make install
xhe220stat

23 June 2008

Pemasangan Java Runtime Enviroment (JRE)

Java merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan berorentasikan objek yang dibangunkan oleh Sun Microsystem sejak awal tahun 1990 an.Aplikasi berasaskan Java dikompil ke dalam kod byte yang mana menterjemah atau mengkompil dari kod asal komputer untuk dilancarkan(execute).

1)sun-java6-bin - mengandungi kod binari

2)sun-java6-demo - mengandungi demo dan contoh

3)sun-java6-doc - mengandungi dokumentasi

4)sun-java6-fonts - mengandungi font jenis Lucida TrueType fonts

5)sun-java6-jdk - mengandungi pakej meta untuk Kit Pembangunan JAVA (Java Development Kits)

6)sun-java6-jre - mengandungi pakej meta untuk JAVA Runtime Enviroment

7)sun-java6-plugin - mengandungi perisian berasaskan Java untuk pencarian internet

8)sun-java6-source - mengandungi file sumber (file Source)


Bagi pemasangan Ubuntu,

sudo apt-get install sun-java6-bin sun-java6-doc sun-java6-jdk sun-java6-jre sun-java6-plugin sun-java6-fonts sun-java6-source sun-java6-demo

10 June 2008

rpm kpd deb

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Pemasangan Pencetak Lexmark Z615

Untuk mendapatkan pakej driver pencetak Lexmark Z615 sila muat turun dari halaman web Lexmark,klik sini

Langkah pemasangan driver pencetak Lexmark Z615

1.Buat satu folder lexmark

mkdir lexmark

2.Pindahkan dari Desktop ke folder lexmark

mv -a /home/user/Desktop/CJLZ600LE-CUPS-1.0-1.TAR.gz /home/lexmark/

3.tukar direktori ke folder lexmark

cd lexmark

4.extrak fail

tar -xvzf CJLZ600LE-CUPS-1.0-1.TAR.gz

5.lancarkan skrip shell berikut

tail -n +143 z600cups-1.0-1.gz.sh > install.tar.gz

6.kemudian

tar -xvzf install.tar.gz

7.gunakan fungsi alien untuk menukar fail *.rpm kepada *.tgz

alien -t z600cups-1.0-1.i386.rpm
alien -t z600llpddk-2.0-1.i386.rpm

8.extrak kedua-dua fail berikut ke dalam direktori sepatutnya iaitu root (/)

sudo tar xvzf z600llpddk-2.0.tgz -C /
sudo tar xvzf z600cups-1.0.tgz -C /

9.Jangan tinggalkan langkah ini kerana berkemungkinan besar sistem ubuntu anda tidak dapat mengenal pasti driver printer lexmark ini

sudo ldconfig

10.Tukar direktori kepada /usr/share/cups/model

cd /usr/share/cups/model

11.kemudian extrak fail ppd ini

sudo gunzip Lexmark-Z600-lxz600cj-cups.ppd.gz

12.Hidupkan sistem cup(printer)

/etc/rc2.d/S19cupsys restart

13.kemudian

cd /usr/lib/cups/backend
./z600

dan ia akan memaparkan direct z600:/dev/usb/lp0 "Lexmark Lexmark Z600 Series" "Lexmark Printer".Sekiranya tiada,teruskan dengan langkah 14.

14.sudo gedit /etc/fstab dan tambahkan baris berikut

usbfs /proc/bus/usb usbfs devgid=14,devmode=0660 0 0

15.kemudian

sudo mount usbfs

16.Teruskan konfigurasi pencetak anda di dalam Printing Manager (System->Administration->Printing)




sumber klik sini

03 June 2008

Pemasangan Adobe Air

1.wget http://download.macromedia.com/pub/labs/air/linux/adobeair_linux_a1_033108.bin

2.sudo chmod a+x adobeair_linux_a1.033108.bin

3. ./adobeair*.bin

4.ikut arahan & selesai