Pemasangan "Broadcom Wireless STA Driver" di dalam Fedora
Berikut adalah panduan pemasangan bagi pemacu "Broadcom Wireless STA drive di dalam fedora iaitu jenis BCM4311-, BCM4312-, BCM4321-, dan BCM4322.
1) Muatkan repo dari rpmfusion.
Broadcom-wl dan wl-kmod RPMs yang diperlukan boleh diperolehi dari "rpmfusion non-free repository" di mana ia turut memerlukan "rpmfusion free repository". Untuk memuatkannya :-
#su -c 'rpm -Uvh http://download1.rpmfusion.org/free/fedora/rpmfusion-free-release-stable.noarch.rpm http://download1.rpmfusion.org/nonfree/fedora/rpmfusion-nonfree-release-stable.noarch.rpm'
2) Kemaskini dan pemasangan pakej pemacu tersebut
Bagi mengaktifkan pemacu tersebut anda perlulah membuat kemaskini dan memasang seperti arahan berikut
#su -
#yum update
#yum install kmod-wl
3)Matikan dan hidupkan semula sistem anda.